Assalamualaikum....
Maaf kepada semua...
Segala post yang ada link dgn Scribd telah di 'Public'kan utk di download.
Segala masalah harap dimaafkan.
-Saya budak baru belajar... mana yang salah harap dimaafkan-
Monday, March 8, 2010
Saturday, February 20, 2010
Dari MU untuk ku... Redha ku pada MU
Seperti tidak percaya, sudah 3 minggu ni SMK Sungai Pusu sebagai guru pelatih. Benarlah, tugas memanusiakan manusia bukan tugas mudah. Bergelumang semula dengan mereka yang melalui zaman remaja mengingatkanku semula pada zaman remajaku... tak jauh berbeza, tapi tetap tidak sama.
Kemeriahan, kenakalan dan keegoan pelajar memang kadang kala menguji, namun buat aku sentiasa bermuhasabah diri. Sungguh, ia membahagiakan biarpun penuh cabaraan. Kerana itulah yang aku inginkan tatkala kerjaya Pendidik menjadi pilihan. Pendekatan berbeza buat aku rasa selesa, pelajar yang bijak buat aku rasa perlu meningkatkan diri, pelajar nakal buat aku rasa perlu lebih memahami dan pelajar yang sentiasa mengingati buat aku rasa dihargai....
Alhamdulillah aku tidak pernah mengeluh disebabkan mereka.. cuma sesekali aku rasa mereka perlukan lebih dari yang aku beri.. sungguh, pelajar kini lebih berani, pelajar kini sungguh yakin diri, pelajar kini tak takut lagi dendaan, rotan apalagi dimaki....
Aku sering tersenyum sendiri dengan pelbagai ragam mereka.... pertanyaan yang kdg2 buat mataku terbeliak besar, permintaan yang kadangkala buat kepalaku bergeleng laju, dan telatah mereka yang buat dadaku sesak menahan ketawa.
Kamu semua buah hati Cikgu.... Amanah padaku untuk mendidik kamu.
Bukan dari orang tuamu, bukan dari pengetuamu, tapi dari DIA yang Maha Pencipta yang sentiasa menyayangi dan mengasihi kita bersama.
Friday, January 22, 2010
Slide Presentation
Tingkatan 1 - Ayat Kefahaman
(Makanan yang Halal dan Makanan Yang Haram)
(Makanan yang Halal dan Makanan Yang Haram)
Makanan Halal & Haram
View more presentations from diyana_85.
Gambar...
Makanan yang Baik tak semestinya Halal...
Tetapi yakinlah bahawa makanan yang Halal...tentu yang terbaik..
Pilihlah yang terbaik, kerana kita adalah apa yang kita makan
Makan sekadarnya...
Makan makanan seimbang....
Badan sihat..kuat... dan cantik...
Bila sudah tak elok dan memudaratkan...
Asalnya Halal boleh menjadi Haram..
Yang manis itu perlu...
Yang sihat itu mesti,
Kurangkan sedikit yang diperlukan untuk mendapatkan yang menjadi kemestian.
Kurangkan manis dalam makanan..
Lebihkan manis dalam SENYUMAN.
Tetapi yakinlah bahawa makanan yang Halal...tentu yang terbaik..
Pilihlah yang terbaik, kerana kita adalah apa yang kita makan
Makan sekadarnya...
Makan makanan seimbang....
Badan sihat..kuat... dan cantik...
Bila sudah tak elok dan memudaratkan...
Asalnya Halal boleh menjadi Haram..
Yang manis itu perlu...
Yang sihat itu mesti,
Kurangkan sedikit yang diperlukan untuk mendapatkan yang menjadi kemestian.
Kurangkan manis dalam makanan..
Lebihkan manis dalam SENYUMAN.
Rancangan Pengajaran Harian
Kaedah P&P Pendidikan Islam
Disini disertakan beberapa contoh kaedah yang boleh digunakan dalam melaksanakan proses P&P dalam subjek Pendidikan Islam. Kaedah-kaedah ini mungkin ada yang jarang digunakan, namun ia sebenarnya amat sesuai digunakan sekiranya ia dirancang dengan teliti dan sesuai dengan topik yang diajar.
Klik pada kaedah tersebut untuk melihat contoh yang telah dibuat sebagai tugasan dalam kelas Pedagogi DPLI.
1) Penceritaan
2) Kuiz Analitikal
3) Problem Base Learning (PBL)
Klik pada kaedah tersebut untuk melihat contoh yang telah dibuat sebagai tugasan dalam kelas Pedagogi DPLI.
1) Penceritaan
2) Kuiz Analitikal
3) Problem Base Learning (PBL)
Subscribe to:
Posts (Atom)