Saturday, February 20, 2010
Dari MU untuk ku... Redha ku pada MU
Seperti tidak percaya, sudah 3 minggu ni SMK Sungai Pusu sebagai guru pelatih. Benarlah, tugas memanusiakan manusia bukan tugas mudah. Bergelumang semula dengan mereka yang melalui zaman remaja mengingatkanku semula pada zaman remajaku... tak jauh berbeza, tapi tetap tidak sama.
Kemeriahan, kenakalan dan keegoan pelajar memang kadang kala menguji, namun buat aku sentiasa bermuhasabah diri. Sungguh, ia membahagiakan biarpun penuh cabaraan. Kerana itulah yang aku inginkan tatkala kerjaya Pendidik menjadi pilihan. Pendekatan berbeza buat aku rasa selesa, pelajar yang bijak buat aku rasa perlu meningkatkan diri, pelajar nakal buat aku rasa perlu lebih memahami dan pelajar yang sentiasa mengingati buat aku rasa dihargai....
Alhamdulillah aku tidak pernah mengeluh disebabkan mereka.. cuma sesekali aku rasa mereka perlukan lebih dari yang aku beri.. sungguh, pelajar kini lebih berani, pelajar kini sungguh yakin diri, pelajar kini tak takut lagi dendaan, rotan apalagi dimaki....
Aku sering tersenyum sendiri dengan pelbagai ragam mereka.... pertanyaan yang kdg2 buat mataku terbeliak besar, permintaan yang kadangkala buat kepalaku bergeleng laju, dan telatah mereka yang buat dadaku sesak menahan ketawa.
Kamu semua buah hati Cikgu.... Amanah padaku untuk mendidik kamu.
Bukan dari orang tuamu, bukan dari pengetuamu, tapi dari DIA yang Maha Pencipta yang sentiasa menyayangi dan mengasihi kita bersama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment