Friday, January 8, 2010
Tugasan - Windows Movie Maker (EDT 5303)
Tajuk video: Jasa Bonda
Ahli Kumpulan: Nordiyana Razali, NurAdila Yusoff dan Rawiyah Hussain
Perkaitan dengan Topik dalam Pendidikan Islam: Adab dan Akhlak (Ting 1). - Adab kepada Ibu Bapa
Ulasan berkaitan:
Dalam pengajaran bab Adab dan Akhlak, guru Pendidikan Islam sering diajukan akan keberkesanan pengajarannya keatas hati dan jiwa pelajar. Adakah pelajar hanya sekadar belajar tanpa sampai ke hati mereka setiap kebaikan dan adakah mereka akan berubah sikap untuk memperbaikinya dalam kehidupan seharian mereka.
Dengan itu, kami mencuba membangunkan video ini untuk digunakan diakhir atau semasa pembelajaran setelah guru menerangkan isi-isi pelajaran utama seperti Kewajipan beradab dgn Ibu Bapa, Cara beradab dgn Ibu Bapa serta hikmah2 menghormati ibu bapa. Video ini juga boleh digunakan sebelum guru masuk kepada isi Kesan buruk menderhakai Ibu Bapa. Ini kerana, lirik lagu dalam video ini menerangkan jasa-jasa dan pengorbanan ibu dari kecil sehingga dewasa. Pelajar kurang berkesan jika hanya didengarkan dengan lagu kerana guru bukan hanya perlu merangsang pendengar pelajar, namun perlu juga kepada penglihatan bg menarik tumpuan yang lebih dari pelajar.
Video ini tertumpu kepada ibu(bonda) kerana kebanyakkan pelajar sekarang ini kurang menghormati ibu mereka berbanding bapa. Ini kerana sikap bapa yang lebih tegas dari ibu menjadikan anak-anak kini meletakkan taraf ibu ditempatkan kedua, sedangkan Rasulullah sendiri menyebut dalam hadisnya, 3 kali perkataan ibu bagi orang yang perlu kita hormati dan seterusnya barulah bapa dan yg lain2..
Segala kekerungan dalam video ini adalah kelemahan kami sendiri yang masih baru belajar. Diharap mendapat komen dan tindak balas dari semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment