Friday, January 22, 2010

Slide Presentation

Tingkatan 1 - Ayat Kefahaman
(Makanan yang Halal dan Makanan Yang Haram)

Indahnya....



Keindahan ciptaanNya... Untuk seluruh hambaNya

Gambar...

Makanan yang Baik tak semestinya Halal...
Tetapi yakinlah bahawa makanan yang Halal...tentu yang terbaik..

Pilihlah yang terbaik, kerana kita adalah apa yang kita makan





Makan sekadarnya...





Makan makanan seimbang....
Badan sihat..kuat... dan cantik...








Bila sudah tak elok dan memudaratkan...
Asalnya Halal boleh menjadi Haram..








Yang manis itu perlu...
Yang sihat itu mesti,
Kurangkan sedikit yang diperlukan untuk mendapatkan yang menjadi kemestian.


Kurangkan manis dalam makanan..
Lebihkan manis dalam SENYUMAN.

Rancangan Pengajaran Harian


Berikut adalah contoh Rancangan Pengajaran Harian(RPH) untuk Subjek Pendidikan Islam Tingkatan 1. Topik yang dipilih ialah Makanan Yang Halal dan Yang Haram Menurut Islam yang mana dibawah bahgian Tilawah Al-Quran (Ayat Kefahaman).

Klik icon dibawah untuk melihat contoh RPH yang dinyatakan

Kaedah P&P Pendidikan Islam

Disini disertakan beberapa contoh kaedah yang boleh digunakan dalam melaksanakan proses P&P dalam subjek Pendidikan Islam. Kaedah-kaedah ini mungkin ada yang jarang digunakan, namun ia sebenarnya amat sesuai digunakan sekiranya ia dirancang dengan teliti dan sesuai dengan topik yang diajar.

Klik pada kaedah tersebut untuk melihat contoh yang telah dibuat sebagai tugasan dalam kelas Pedagogi DPLI.

1) Penceritaan
2) Kuiz Analitikal
3) Problem Base Learning (PBL)



Friday, January 8, 2010

Tugasan - Windows Movie Maker (EDT 5303)



Tajuk video: Jasa Bonda
Ahli Kumpulan: Nordiyana Razali, NurAdila Yusoff dan Rawiyah Hussain

Perkaitan dengan Topik dalam Pendidikan Islam: Adab dan Akhlak (Ting 1). - Adab kepada Ibu Bapa

Ulasan berkaitan:

Dalam pengajaran bab Adab dan Akhlak, guru Pendidikan Islam sering diajukan akan keberkesanan pengajarannya keatas hati dan jiwa pelajar. Adakah pelajar hanya sekadar belajar tanpa sampai ke hati mereka setiap kebaikan dan adakah mereka akan berubah sikap untuk memperbaikinya dalam kehidupan seharian mereka.

Dengan itu, kami mencuba membangunkan video ini untuk digunakan diakhir atau semasa pembelajaran setelah guru menerangkan isi-isi pelajaran utama seperti Kewajipan beradab dgn Ibu Bapa, Cara beradab dgn Ibu Bapa serta hikmah2 menghormati ibu bapa. Video ini juga boleh digunakan sebelum guru masuk kepada isi Kesan buruk menderhakai Ibu Bapa. Ini kerana, lirik lagu dalam video ini menerangkan jasa-jasa dan pengorbanan ibu dari kecil sehingga dewasa. Pelajar kurang berkesan jika hanya didengarkan dengan lagu kerana guru bukan hanya perlu merangsang pendengar pelajar, namun perlu juga kepada penglihatan bg menarik tumpuan yang lebih dari pelajar.

Video ini tertumpu kepada ibu(bonda) kerana kebanyakkan pelajar sekarang ini kurang menghormati ibu mereka berbanding bapa. Ini kerana sikap bapa yang lebih tegas dari ibu menjadikan anak-anak kini meletakkan taraf ibu ditempatkan kedua, sedangkan Rasulullah sendiri menyebut dalam hadisnya, 3 kali perkataan ibu bagi orang yang perlu kita hormati dan seterusnya barulah bapa dan yg lain2..

Segala kekerungan dalam video ini adalah kelemahan kami sendiri yang masih baru belajar. Diharap mendapat komen dan tindak balas dari semua.

Tuesday, December 29, 2009

Renungkan..

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan….. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan…

Setiap kita di dunia ini tidak mahu memilih jalan yg derita .. hakikatnya tanpa usaha keajaiban tidak akan berlaku.

Kita jangan selalu mengharap..kerana mengharap tidak pasti tertunai..tetapi kita boleh bersabar..kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan

Jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cinta
.

Keinsafan bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang



Sesungguhnya lidah itu lebih berbisa dari segala senjata..jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya..


Zaman berubah tetapi..dendam manusia tidak pernah berubah..
lelaki yg gagah mustahil tidak pernah menangis..tapi, percintaan yg akan menyebabkan mereka menangis..

Nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan
jadilah ubi yg bertutup rapat…bukan kek yg berkrim tetapi diharungi lalat..

Kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan…
manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu..tidak dapat bebas dengan sempurna..kecuali tali itu putus…barulah ia bebas melayang…